Bismillahirrahmanirrahim
Sabda Rasulullah S.A.W, "Yang pertama kali dibakar api neraka pada hari kiamat adalah tiga golongan, orang 'alim, mujahid dan dermawan.
Adapun orang 'alim maka Allah datang dan menanyainya: 'apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?' Dia menjawab:'aku menuntut ilmu dijalanMu, lalu aku sebarkan ilmu itu kerana mencari keredhaanMu.' Maka dikatakan kepadanya:' Engkau dusta! sebenarnya engkau mencari ilmu supaya dikatakan sebagai orang 'alim.' Kemudian diperintahkan malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya, maka dilemparkan dia ke dalam neraka.
Kemudian didatangkan seorang dermawan. Maka dia ditanya:' apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?'. Dia menjawab:' aku mencari harta yang halal, kemudian aku infaqkan harta itu dijalanMu.' Maka dikatakan kepadanya:' Engkau dusta! engkau infaqkan hartamu supaya manusia menyebutmu dermawan.' kemudian diperintahkan malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya, maka dilemparkanlah dia ke dalam neraka.
Kemudian yang ketiga, 'apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?' Dia menjawab: 'aku berperang dijalan Allah, sehingga aku mati terbunuh.' Maka dikatakan kepadanya: ' Engkau dusta! engkau berperang supaya dikatakan orang sebagai pemberani.' Maka diperintahkanlah malaikat penjaga neraka menyeretnya, maka dilemparkanlah dia ke dalam neraka."
(riwayat muslim)
Naudzubillahimindzaalik.. minta kita dijauhkan daripada menjadi orang 'alim yang menuntut ilmu hanya untuk digelar 'alim.. mungkin kita kadang2 tak perasan benda ni.. di mulut memang mengatakan 'aku menuntut ilmu ni ikhlas untuk mencari keredhaan Allah'.. tapi sejauh mana hati membuktikan?? oleh sebab itulah kita memang perlu sentiasa membetulkan niat.. lebih2 lagi bila menjadi seorang da'ie yang ingin mengajak manusia ke jalan Allah, benda ini memang sangat2 perlu dititikberatkan!!! sebabnya, kita nak ajak manusia pada Allah, tapi niat kita tu tak settle lagi.. kita ingat kita memang dah betul2 ikhlas tapi.... Sebab tu dalam hadith arba'in, hadith pertama imam nawawi letak hadith niat.. sebab niat tu sangat penting. niat akan membezakan amalan sunat dan wajib, amalan yang harus dengan yang dapat pahala, niat juga menjadi mind set apa outcome yang kita nak dan banyak lagi la..
manusia memang perlu sering diingatkan.. kerana sifat manusia yang sering lupa itu sendiri. so, memang kena banyak2 and selalu koreksi diri juga betulkan niat 'LILLAHI TA'ALA'.. moga2 diakhirat nanti tidaklah menjadi orang yang rugi :'(
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang-Ku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKu) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. (2:186)
Friday, January 27, 2012
Monday, January 9, 2012
Kenapa nak merungut lagi?? Ayuh bekerja..
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian (jika ada, InsyaAllah).. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi peluang kepada ana untuk hidup, untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa ke dunia asal kita, tempat yang kita akan dikembalikan nanti.. bersyukur sangat Allah masih memberi peluang ini untuk merasai nikmatnya berkasih sayang kerana Allah.. Allah bagi peluang untuk recharge and topup kan iman yang kadang2 naik and turun terutamanya setelah mengalami fasa kekeringan sepanjang sebulan bercuti semester..
Alhamdulillah, harini diberi peluang oleh Allah untuk bertemu orang2 hebat yakni sahabat2 seperjuangan di Kolej Mara Banting, KMB. starting from the morning, about 9 a.m from Shah Alam, my circle mates and i went to KLIA mosque, having some sharing session with our murobbiah, sis yana and a few sisters fillah from KMB. (tiba2 mood english..hehe) . lepas tu, kami singgah di KMB untuk menunaikan solat zohor dan selepas solat asar kami membuat sharing session lagi, tapi ni versi agak formal sikit, membincangkan tentang gerakkerja2 dakwah and tarbiyah di INTEC dan KMB.. banyak input2 dan idea2 yang Alhamdulillah sangat2 membantu dan InsyaAllah sangat bermanfaat untuk kami menjalankan 'kerja' ini dengan lebih tersusun.. dan InsyaAllah dalam post kali ni ana nak share la ayat2 and peringatan2 yang membuat ana tersentap seketika dan InsyaAllah selama-lamanya..
![]() |
| Luv them Fillah <3 |
-apa yang Allah bagi kat kita sekarang ni adalah untuk dakwah.. Allah bagi kita masuk INTEC ni pun adalah untuk dakwah tu sendiri.. takkanlah masa tenaga yang sikit je jika nak dibandingkan ni pun tak boleh nak sumbang dan berkira?? nak study la..apa la.. memang kita di sini untuk study, tapi jangan lupa apa yang lebih penting tu adalah dakwah dan tarbiyah tu sendiri..BUT at the same time, study kena seiring dan jangan abaikan!! we are the khalifah here!! (yang ni tambah2 je).
-Hidup kita ni bukanlah untuk alat sahaja, tapi matlamat tu sebenarnya.. bukan untuk study semata-mata, tapi Abidullah dan Khalifatullah itu sendiri. sentap dengan ayat ni:
Bismillahirrahmanirrahim
" Wahai orang-orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, Berangkatlah di jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit."
-Jihad tu bermaksud bersungguh-sungguh sampai kita dah tak mampu sangat nak buat lagi.
-Kita akan diuji dengan rasa lemah dan berat tu.. dan ujian2 dalam tarbiyah ni tak lain tak bukan untuk membersihkan kita dan menjadikan kita lebih kuat dan mantop! dan daripada ujian2 inilah Allah nak tapis golongan2 yang betul2 bersedia berjihad di jalan Allah dengan yang tau cakap tapi tak buat.
-Berehatnya kita nanti dekat akhirat, BUKAN dekat dunia ni!!!
![]() |
| "biar penat sekarang, jangan menyesal nanti" |
-ada analogi daripada syeikh mustapha mahsyur, tak ingat yang lengkapnya tapi maksudnya lebih kurang macam ni lah.. dalam satu rumah ni berlaku kebakaran, ada orang tidur dalam rumah ni.. dan kita tersedar berlakunya kebakaran ni.. so, apa kita nak buat? mesti nak selamatkan dan nak keluarkan orang yang tidur tu kan.. tapi tak guna kalau kita usaha banyak mana pun nak tarik orang tu keluar tapi dia tak terjaga daripada tidur tu.. mungkin boleh tarik dia, tapi mesti sangat lambat sebab dia tak sedar dan boleh kita pun boleh terbakar sekali waktu tu kan.. rumah tu ibarat dunia, api tu ibarat kemewahan, kecintaan manusia terhadap dunia ni dan orang yang tidur tu adalah manusia2 yang lalai.. apa yang prnting kat sini adalah untuk bawa manusia tu kembali kepada Allah, nak selamatkan dia dari godaan dunia ni, kita perlulah sedarkan dia kenapa perlu buat ni? apa yang dah terjadi kat dunia sekarang ni.. then baru boleh proceed untuk membina dia kepada Allah.. perlunya memberi kesedaran dahulu supaya dia terjaga dan boleh bertindak...
-Ingat, semua yang kita buat ni kerana Allah.. kita merancang, dan Allah jua merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.. dan Allah jugalah yang memegang hati2 manusia.. kepada Allah sahajalah kita memohon :D
Akhir kata, jazakillah khair buat sahabat2 and akak2 yang sudi meluangkan hujung minggu untuk sharing2 dan membantu kami yang masih baru2 ni.. InsyaAllah, semoga kita sama2 saling memperingati antara satu sama lain.. saling topup menopup iman masing2 yang sering turun naik ni.. Semoga Allah sahaja mengganjari kalian!! Luv u all Fillah <3
p/s: selamat berjuang, bittaufiq wannajah buat sahabat2 seperjuangan di INTEC yang akan menduduki A-Level pada esok hari.. InsyaAllah, jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.. Allah akan lihat segala usahamu itu!!!
Friday, January 6, 2012
Siapa nak Redha Allah??
Bismillahirrahmanirrahim
"Dan orang-orang terdahulu lagi pertama-tama (masuk Islam) diantara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah pun redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah...."
(At-Taubah 9:100)
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. bersyukur kepada tuhan sekalian alam, tuhan yang menciptakan, tuhan yang memelihara, tuhan yang memberi, tuhan yang memegang hati2 manusia, membolak-balikkannya, memberi hidayah kepada mereka2 yang beruntung!!! peganglah hidayah yang telah diterima sekuat-kuatnya, semantap-mantapnya agar hidayah yang Allah beri pada orang-orang yang terpilih ni tidak berlalu hilang begitu sahaja... berdoalah dengan penuh pengharapan agar Allah tidak menggantikan kita yang menerima hidayah ini dengan umat/manusia yang lain.. InsyaAllah.
Alhamdulillah, hari ni telah diberi hidayah, ruang dan kesempatan daripada Allah S.W.T untuk duduk2 beriman, berbulatan gembira bersama sahabat2 yang dihantar special dari Allah untuk ana.. tambah istimewanya kami dipertemukan dgn sister yg amat2 dirindui.. dah berapa bulan tak jumpa. Alhamdulillah, best sangat!!!teruja! sister yang dirindui ni telah share satu ayat yg sgt mmberi kesan kpd ana.. iaitu ayat di atas..
kita selalu cakap nak kejar redha Allah.. matlamat utama adalah Redha Allah.. berdoa banyak2 supaya Allah meredhai kita.. tapikan, adakah kita juga memberi redha kita pada Allah?? maksud ana, kita nak redha-Nya, tapi adakah kita sentiasa redha dengan segala apa yang Allah beri pada kita? bila ditimpa ujian dan kesusahan, adakah kita redha dengan ujian yang Allah beri tu? atau kita cepat melatah dan berputus harap pada Allah.. berbalik kepada ana sendiri yang minggu ni dapat exam paper.. markah, emmm.. taktau nak kata mcmana.. tapi ana tau yang ana dah berusaha sebaik mungkin..(InsyaAllah)..cuba sedaya upaya dan berharap sem ni lebih baik daripada yang lepas.. tapi wallahualam la sebab tak dapat full paper lagi.. InsyaAllah apa yang Allah bagi ni terbaik untuk kita.. dengan syarat usaha sebaik mungkin dan sehabis boleh!! Allah tau apa yang kita patut dapat.. maybe kalau Dia tak bagi yang ni, Dia bagi untuk A-Level nnti.. yang penting kena sentiasa bersangka baik pada Allah dan redha dengan ujianNya.. ujian Allah lebih besar dan penting lg daripada ujian kt dunia ni..
![]() |
| "Wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya" (Al-Fajr 89: 27-28) |
pastu, sister ni share la jgk ayat ni:
Bismillahirrahmanirrahim
"Dan katakanlah, "bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu..."
(At-Taubah 9:105)
bestkan?
Allah suruh kita bekerja dan berusaha..
tapi Allah takde pulak cakap "aku akan melihat hasilnya"..
takdekan? Allah cakap "aku akan lihat pekerjaanmu" yakni usaha kita tu..
means result kita yang teruk dalam exam tu Allah tak lihat pun, tak ukur seseorang manusia tu berdasarkan result exam pun.. tapi Dia tengok manusia yang paling banyak dan rajin berusaha..kan? kalau menurut pandangan manusia, memang kita akan rasa terhina kalau dapat result exam teruk.. tapi pandangan siapa lebih penting?? hmm.. manusia memang tak adil, tapi Allah maha adil. kalau kita usaha betul2..dan Allah rasa kejayaan tu yang terbaik, InsyaAllah Dia bagi.. biarlah tidak mendapat the highest markah, asalkan Allah masih salurkan hati ini dijalanNya.. daripada Allah berikan kejayaan yang menyebabkan kita lebih jauh daripadaNya.. Naudzubillah.. tapi sebagai seorang muslim.. kita mesti aim for the highest, for the best!!! InsyaAllah Allah akan bagi if we deserve it.. believe in Him! He knows the best for us..
conclusionnya, nak redha Allah, jadilah seseorang yang sentiasa meredhai pemberian tuhannya untuknya.
conclusionnya, nak redha Allah, jadilah seseorang yang sentiasa meredhai pemberian tuhannya untuknya.
![]() |
| bittaufiq wannajah bagi sahabat2 yang nak exam next week. doakan kami juga:) |
Wednesday, January 4, 2012
jangan bertangguh!!..
Bismillahirrahmanirrahim..
Ibn Umar melaporkan, " Rasulullah S.A.W memegang kedua-dua bahu saya dan bersabda, ' Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara.' Ibn Umar berkata 'jika engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu datangnya pagi hari. Jika engkau datang pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang. Gunakanla masa sihatmu sebaik-baiknyasebelum datang masa sakitmu dan gunakanlah masa hidupmu sebelum datang kematianmu."
(Riwayat Bukhari)
Alhamdulillah, rasa beruntung sangat sebab dapat tau pasal hadith ni.. hadith ni merupakan hadith ke-40 dalam Hadith 40 Imam Nawawi.. Alhamdulillah, jazakillah khair pada sahabat ana, Husna Rosleli sebab tergerak hati untuk share pasal hadith ni dalam bulatan gembira td..
Suka sangat bila dpt tau pasal hadith ni.. lebih2 lagi baru bukak sem di INTEC ni.. semester terakhir pulak tu.. Hadith ni first skali Rasulullah nak ingatkan Abdullah Bin Umar (termasuk kita sekali la) bahawa hidup kat dunia ni jadilah orang asing, musafir, pengembara dan yg sewaktu dengannya.. Rasulullah pegang bahu beliau nak menunjukkan baginda ingin menarik perhatian Ibn Umar utk bgtau mesej yang penting ni.. Jangan nak berangan panjang hidup di dunia ni.. bukanlah maksudnya tak perlu berfikir jauh ke hadapan, tapi hidup kat dunia ni hanyalah musafir dan menumpang je.. tak perlu nak fikir banyak2 macam nak hidup selama-lamanya.. ada matlamat dan tujuan yang lebih besar daripada hidup kat dunia ni..
![]() |
| kita hanyalah musafir |
mcm yang sahabat ana share td, analoginya mcm kita pergi merantau dan mengembara ke Eropah contohnya, kita berasal dari Malaysia dan memang rindu nak pulang ke Malaysia pun after tu.. tapi bila mengembara ke Eropah tu, apa yg kita dapat? dan mesti kita nak bawa balik something kan.. mcm souvenir ke.. pengalaman ke.. tapi kalau kita balik dari Eropah dengan tangan kosong, tak ke rasa sia2 dan rugi.. bukan senang nak ke sana.. sekali seumur hidup je..pastu balik Malaysia tak dapat apa2.. rugi kan? takde kenangan lansung di Eropah tu.. mcmtu jgk hidup kita.. Malaysia tu ibarat hidup akhirat la, dan Eropah tu ibarat kehidupan dunia sekarang.. souvenir tu macam bekalan hidup kat dunia ni yang kita akan bawa kat akhirat nanti..
kemudian hadith ni disambung lagi dengan pesanan Rasulullah supaya jangan bertangguh.. perkara yang patut dilakukan pada waktu pagi, buat pada waktu tu..jangan tunggu sampai petang.. buat waktu sihat, jangan tunggu sampai jatuh sakit..memang ayat ni sangat berkesan la dengan ana sebab life as a student ni memang kadang2 (banyak kot) bertangguh.. homework la, revision..etc2. hehe..so, utk permulaan sem ni, InsyaAllah ana dapat semangat baru utk tidak bertangguh-tangguh.. InsyaAllah harapnya dapat istiqomah dan dapat diperingatkan selalu oleh sahabat2...
Alhamdulillah, memang harini Allah nak memperingatkan ana utk sentiasa bersedia, tidak bertangguh2 lagi.. memandangkan sem ni adalah sem terakhir di sini.. InsyaAllah jika kejayaan yang terbaik untuk ana, moga2 Allah berikan kejayaan itu:)
Monday, November 28, 2011
Semuanya telah tertulis..
Bismillahirrahmanirrahim..
"Setiap bencana di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."
"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Al-Hadid 57: 22-23)
subhanallah.. Allah telah merencanakan segalanya sebelum kita diwujudkan lagi..
can refer to hadith 4..
can refer to hadith 4..
tapi semua ketentuan itu Allah rahsiakan daripada kita..
untuk apa??
supaya kita tidak terlalu bersedih jika kita tau ketentuan Allah itu tidak seperti yang kita kehendaki..
dan
tidak pula terlalu gembira dan lalai jika kita mendapat apa yang kita nak..
semuanya misteri..
hanya Allah yang maha mengetahui..
Oleh itu, kita perlulah berusaha bersungguh2..
sebab kita tak tahu perjalanan hidup kita ni mcmana..
segala yang kita usahakan kerana Allah diberi pahala..
meskipun hasilnya tak seperti yang diingini..
cumanya jika kita dapat hasilnya, itu adalah bonus..
hanya kepada Allah kita bersyukur:)
![]() |
| 'kita merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan' |
Sunday, November 27, 2011
Aku adalah rohhh~
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan ROH kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dkt atas ni adalah hadith ke4 dalam hadith 40 kumpulan Imam Nawawi..
yang ana nak highlightkan sebenarnya adalah selepas menjadi segumpal darah daripada setitik air mani, kemudian menjadi seketul daging, roh akan ditiupkan dalam jasad manusia..
yang ana nak highlightkan sebenarnya adalah selepas menjadi segumpal darah daripada setitik air mani, kemudian menjadi seketul daging, roh akan ditiupkan dalam jasad manusia..
rasa2 nya kan roh ke jasad kita yang hidup sebenarnya???
means.. aqilah ni roh ke jasadnya yg nama aqilah??
ana selalu terfikir pasal ni..hurmm...
means.. aqilah ni roh ke jasadnya yg nama aqilah??
ana selalu terfikir pasal ni..hurmm...
ana pernah dengar someone ckp tp terlupa plk sape..huhu.
yang kita ni sebenarnya roh..
yang Allah tumpangkan dalam jasad manusia kt bumi ni..
untuk mencari bekalan..
buat tiket masuk syurga kt akhirat nanti (47:15)..
buat tiket masuk syurga kt akhirat nanti (47:15)..
tp..
kalau kita ter'stuck' dgn nikmat dan keseronokan dunia ni..
cinta pada dunia telah melekat pada hati kita..
cinta pada dunia telah melekat pada hati kita..
naudzubillahimindzalikk..
neraka telah Allah sediakan buat mereka yang lalai dengan kehidupan dunia..
dunia bukanlah segala-galanya..
kerana..
ada kehidupan yg lebih best dan lama lagi daripada dunia ni..
Allah jdkan dunia untuk kita berlumba2
mengejar MARDHATILLAH..
mcm exam jgk..
kalau kita study last minute..
rasa mcm tak sempat je nak habis baca semua, tu belum lagi buat soalan past years..
exam esoknya.. tak tau kita jawab apa.. hentam sajalah labu..
lepastu, bila dapat result baru nak insaf, baru rasa menyesal tak study awal2..
before exam bukan main enjoy..
shopping sana sini.. movie marathon.. korea..etc2.. stay up smpai pagi..
mcm tak tau je exam dah dekat..
bila mlm before exam barulah tercungap-cungap habiskan silibus..
at the end, jawab tak seberapa pun.. markah pun tak seberapa..
...
mcm tu la jgk hidup sebagai manusia..
nak dapat redha Allah kena tahu matlamat hidup..
Allah jadikan kita buat apa?? takkan just nak main2?...
"dan tidaklah kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya"
(Ad-Dukhan44:38)
neraka telah Allah sediakan buat mereka yang lalai dengan kehidupan dunia..
dunia bukanlah segala-galanya..
kerana..
ada kehidupan yg lebih best dan lama lagi daripada dunia ni..
Allah jdkan dunia untuk kita berlumba2
mengejar MARDHATILLAH..
mcm exam jgk..
kalau kita study last minute..
rasa mcm tak sempat je nak habis baca semua, tu belum lagi buat soalan past years..
exam esoknya.. tak tau kita jawab apa..
lepastu, bila dapat result baru nak insaf, baru rasa menyesal tak study awal2..
before exam bukan main enjoy..
shopping sana sini.. movie marathon.. korea..etc2.. stay up smpai pagi..
mcm tak tau je exam dah dekat..
bila mlm before exam barulah tercungap-cungap habiskan silibus..
at the end, jawab tak seberapa pun.. markah pun tak seberapa..
![]() |
| tak larat dah nak study.. |
mcm tu la jgk hidup sebagai manusia..
nak dapat redha Allah kena tahu matlamat hidup..
Allah jadikan kita buat apa?? takkan just nak main2?...
"dan tidaklah kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya"
(Ad-Dukhan44:38)
so, Allah pun dah bagitau kt kita apa tujuan Allah ciptakan kita..
semuanya dah tertulis dalam surat2 cinta Allah..
"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
(Az-Dzariyaat 51:56)
"...Aku hendak menjadikan khalifah di bumi..."
(Al-Baqarah 2:30)
Allah telah ciptakan kita bukan saja2.. tp untuk kita beribadah hanya kpd Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ni..
kalau kita tgk smbungan ayat 2:30 ni.. malaikat tanya dkt Allah kenapa cipta makhluk yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ni..
Allah jwb "Aku tahu apa yang tidak engkau ketahui"..
Subhanallah.. betapa sayangnya Allah pada manusia
Allah telah memuliakan dan mengangkat darjat manusia untuk menjadi khalifah di bumiNya..
bukan malaikat2, bukan gunung2, bukan planet2..
tetapi kita..
MANUSIA!!
apa lagi??
dah banyak nikmat yang Allah bagi..
takkan kita hanya nak duduk goyang kaki, tgk movie??
hanya menunggu ajal dtg menjemput??
mari bergerak menjadi hambaNya..
dan khalifah di bumiNya:)
kita sama2 jom!!
doakan istiqomah..
~wallahu'alam~
semuanya dah tertulis dalam surat2 cinta Allah..
"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
(Az-Dzariyaat 51:56)
"...Aku hendak menjadikan khalifah di bumi..."
(Al-Baqarah 2:30)
Allah telah ciptakan kita bukan saja2.. tp untuk kita beribadah hanya kpd Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ni..
kalau kita tgk smbungan ayat 2:30 ni.. malaikat tanya dkt Allah kenapa cipta makhluk yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ni..
Allah jwb "Aku tahu apa yang tidak engkau ketahui"..
Subhanallah.. betapa sayangnya Allah pada manusia
Allah telah memuliakan dan mengangkat darjat manusia untuk menjadi khalifah di bumiNya..
bukan malaikat2, bukan gunung2, bukan planet2..
tetapi kita..
MANUSIA!!
apa lagi??
dah banyak nikmat yang Allah bagi..
takkan kita hanya nak duduk goyang kaki, tgk movie??
hanya menunggu ajal dtg menjemput??
mari bergerak menjadi hambaNya..
dan khalifah di bumiNya:)
kita sama2 jom!!
doakan istiqomah..
~wallahu'alam~
p/s: "wahai jiwa2 yang tenang! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai.."
Thursday, November 24, 2011
MLM~ perniagaan yang menguntungkan!!!
Assalamualaikum w.b.t.
Rasanya sudah lama sangat tidak menulis dalam blog ni..
semenjak-dua menjak ni banyak perkara yang berlaku..
teringin sangat nak share..
tapi InsyaAllah, ana share sikit2 dulu..satu persatu..
kekangan masa menyebabkan ana berfikir dua tiga kali nak mengupdate blog ni..
Alhamdulillah, dengan kesempatan yang sikit dan terbatas ni dapat jugak diluangkan untuk share something best!
kalau melihat kepada tajuk di atas, agak2nya apa lah yang hendak ana share kan melalui MLM ni..
mungkin nak promote bisnes MLM??
tau ke apa MLM ni? dlm bahasa Inggerisnya MLM adalah 'MULTI LEVEL MARKETING'..
seperti contoh MLM yang femes dekat Malaysia ni spt produk Zhulian or Skor A yang mana mrk2yg join MLM ni just cari orang2 bawah utk jual produk ni dan selepas tu income mereka akan sentiasa masuk walaupun duduk dkt rumah saje..
best tak? best kan.. cara yang mudah dan senang untuk jadi kaya dan dapat duit banyak dalam masa yang singkat..huhu.
tapi, ana nak share somethhing yang lebih besar dan lebih menguntungkan daripada MLM..
sebabnya perniagaan ni bukan saja menguntungkan di dunia, tapi juga di akhirat lebih2 lagi..
let's look on As-Saff, verses 10-12:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apakah kamu suka Aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab dari pedih? "
"Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu. Itulah yang lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui."
"Nescaya, Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya berbagai-bagai sungai, dan menempatkan kamu di kediaman-kediaman yang selesa di dalam syurga-syurga ‘Adni. Itulah keuntungan yang amat besar."
(As-Saff, 61:10-12)
"Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu. Itulah yang lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui."
"Nescaya, Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya berbagai-bagai sungai, dan menempatkan kamu di kediaman-kediaman yang selesa di dalam syurga-syurga ‘Adni. Itulah keuntungan yang amat besar."
(As-Saff, 61:10-12)
suka sangat ayat ni!! sungguh bermotivasi.. Allah offer 1 perniagaan kat kita yang mana kita memang takkan rugi di dunia lebih2 lagi diakhirat..
perniagaan ni just need kita untuk beriman kepada Allah dan Rasul dan berjihad dgn harta dan jiwa je..
memang! ana tau bukan mudah untuk beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah dan Rasul..
cakap mcm senang je dia ni..
memang bukan senanglah.. sebab itu ganjaran dia pun hebat!!siapa taknak masuk syurga? yang didalam Al-Quran diberitahu bahawa terdapat sungai2 yg mengalir dibawahnya, ada sungai susu, madu, arak.. serta singgahsana yang indah2..kita tinggal selama-lamanya di dalam nya.. taknak ke??? subhanallah..
mmg itu cita2 terbesar setiap orang yang beriman..
jadi, mujahadah perlu kuat kerana syurga itu indah dan manis..
ana tengok mereka2 yg join MLM ni sangat semangat mencari org2 bawahan..
almaklumlah.. duit masuk bila dapat cari orang.. sampai ada yg terpaksa menipu kwn sendiri..huhu.
nikmat dan kesenangan dunia memang best.. siapa taknak duit beribu2 kan..
tapi, alangkah bestnye kalau mereka2 ini faham Islam dengan kefahaman yg sebenar..
mesti ramai shbt2 seperti Mus'ab bin Umair, Abdullah Ummi Makhtum, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muadz Bin Jabbal dapat dilahirkan..
dan mempunyai semangat yang berkobar2 utk menyebarkan Islam ke pelusuk dunia..
InsyaAllah.. mohon pada Allah moga2 Allah membukakan pintu2 hati para pemuda dan pemudi Islam serta memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada kita semua.. ameenn.
p/s: pesanan utk ana sendiri supaya jgn cpt futur dan terus berjuang!!!!
perniagaan ni just need kita untuk beriman kepada Allah dan Rasul dan berjihad dgn harta dan jiwa je..
memang! ana tau bukan mudah untuk beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah dan Rasul..
memang bukan senanglah.. sebab itu ganjaran dia pun hebat!!siapa taknak masuk syurga? yang didalam Al-Quran diberitahu bahawa terdapat sungai2 yg mengalir dibawahnya, ada sungai susu, madu, arak.. serta singgahsana yang indah2..kita tinggal selama-lamanya di dalam nya.. taknak ke??? subhanallah..
mmg itu cita2 terbesar setiap orang yang beriman..
jadi, mujahadah perlu kuat kerana syurga itu indah dan manis..
ana tengok mereka2 yg join MLM ni sangat semangat mencari org2 bawahan..
almaklumlah.. duit masuk bila dapat cari orang.. sampai ada yg terpaksa menipu kwn sendiri..huhu.
nikmat dan kesenangan dunia memang best.. siapa taknak duit beribu2 kan..
tapi, alangkah bestnye kalau mereka2 ini faham Islam dengan kefahaman yg sebenar..
mesti ramai shbt2 seperti Mus'ab bin Umair, Abdullah Ummi Makhtum, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muadz Bin Jabbal dapat dilahirkan..
dan mempunyai semangat yang berkobar2 utk menyebarkan Islam ke pelusuk dunia..
InsyaAllah.. mohon pada Allah moga2 Allah membukakan pintu2 hati para pemuda dan pemudi Islam serta memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada kita semua.. ameenn.
p/s: pesanan utk ana sendiri supaya jgn cpt futur dan terus berjuang!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)









