Tuesday, August 28, 2012

AKU TAK BERZINA!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum ..

Kali ni tidak menggunakan idea sendiri..tapi nak kopi pes satu artikel yang sangat menarik.. di share oleh salah seorang sahabat.. penulis sebenar, wallahu'alam.. tidak diketahui..
tapi insyaAllah, penulisnya bagi kot utk ana share..hehe. moga menjadi saham pahala kepada beliau diakhirat nanti:) InsyaAllah ni salah satu usaha untuk berkongsi kefahaman dengan sahabat2 di luar sana yang mungkin belum begitu jelas lagi mengenai isu ikhtilat ini..  semoga Allah memberi kefahaman dengan hati kepada para pembaca sekalian~

p/s: artikel ini agak panjang, harap dapat sediakan kudap2an sebelum mula membaca^^


Ada seorang ‘bro’ ni, yang menggunakan nickname Mankind bertanya kepada saya:
“ salam..bro.Asyraf..ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..salah ke?m’langgar ikhtilat ?.. sesetgh dr kami yg b’fikiran ‘cinta2 tu tidak d’janjikan…tp friendship itu pastilah’…tp sesetgh org m’mndang serong..kalau b’kwn b’lainan jantina. mcm berdosa besar..setiap kita memerlukan antra satu sama lain..sy susah btul nak hndle org mcm ni”

Maka Bro Mankind, izinkanlah ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan. Harapnya kita semua dapat buka hati kita dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya. Yang benar itu tetap benar
walaupun semua orang tidak suka, yang batil itu tetap batil walau seluruh dunia menyukainya. Sebenarnya, percampuran lelaki dengan perempuan adalah amat dipandang berat oleh ISLAM. Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis, maka kita akan dipandang serong dan mungkin akan dikutuk cela.

Selalu kita dengar orang melaung-laung ulang ayat ‘jaganlah mendekati zina’ dlm surah al-Israa’ bila hendak menceritakan hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan. Tetapi ramai yang membalas semula: “ Kami bukan nak berzina. Kami kawan je. Mana ada sentuh-sentuh.” Tak mengapa. Kamu cerdik. Pandai kamu memberikan alasan. Saya tinggalkan dulu persoalan “ Kami bukan nak berzina” ini. Mari kita perhatikan terlebih dahulu, bagaimanakah ALLAH menitik beratkan pergaulan lelaki dan perempuan ini.

ni lagi bahaya!! fuhhh~


Kalau kita perhatikan, ayat larangan mendekati zina terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa. Bukan di hadapan, bukan di belakang. Itu ayat melarang. Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT untuk menyatakan buruknya zina itu. Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah. Mari kita selak Surah An-Nur. Lihat, apa yang ALLAH SWT firmankan di awal surah itu:

“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.

Lihat ayat seterusnya:
Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kamu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman” Surah An-Nur ayat 2.

Pada ayat kedua, terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina. Tanpa ada mukaddimah yang panjang, tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina, ALLAH terus menarik perhatian manusia dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan, betapa penting dan besarnya permasalahan zina ini.

“ Ya la, kami bukan nak berzina” Mungkin ada di antara kita membantah. Ya ya, saya faham. Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni benda yang amat-amat tercela dan terlarang? ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini, berbanding permasalahan menyebar berita palsu, masalah masuk rumah tanpa izin dan pelbagai lagi masalah yang disebut di dalam Surah An-Nur. Dalam banyak masalah itu, zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan. Malah, bukannya menyatakan itu dan ini berkenaan zina. Tetapi terus kepada hukuman. Dari segi uslub bahasa, ini menunjukkan bahawa permasalahan zina adalah besar.

“ Ya la, tapi kau tak faham ke, kami bukan nak berzina” Ok. Tapi berzina ni benda yang besar, itu kita setuju dan bersepakat bukan? “ ya la. Tapi masalahnya, besar mana pun zina tu, kami berkawan je, bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”

Hu hu… Pandainya.
Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini, ada yang tiba-tiba terus berlaku kah? Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi, banyak cabang. Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat, bersama swimming pool dan sebagainya. Begitu? 


apa ye maksudnya??? hmmm..


Semua perkara, ada permulaannya. Begitu juga dengan zina. Agak-agak, kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki berzina, dia mahu kah? Mahu kena lempang kamu. Berzina ada gerak langkahnya. Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting, boleh bermula dengan semudah perbualan, malah yang paling senang boleh bermula dengan penglihatan.

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:
“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandanngan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman: “ Dan katakanlah kepada para perempuan yang beirman, agar mereka menjaga pandanngan mereka, dan memelihara kemaluan mereka…” Surah An-nur ayat 31.

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat, ada sesuatu yang besar di dalam larangan mendekati zina tadi. Kita perhatikan, di dalam Surah Al-Israa’ ayat 115, ALLAH SWT menyebut: “ Dan janganlah kamu dekati…” Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu) itu digunakan. Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu, di penghujungnya ALLAH menyatakan: “ Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan” Kalau dilihat dalam bahasa arab, ‘apa yang mereka kerjakan itu’ ALLAH telah gunakan perkataan ma yasna’uun bukannya ma yaf’aluun(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, maknanya akan kelihatan sama. Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)

Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan yasna’uun dan yaf’aluun. Tahukah kamu apakah perbezaannya? Yaf’aluun ini membawa maksud benda yang kita buat tanpa berdikit-dikit. Contohnya, menampar. Terus sahaja tamparan kita melayang, tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat. Contoh lain berbohong, terus sahaja kita berbohong, tak perlu jangka masa lama pun.

Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya. Yasna’uun membawa maksud perbuatan yang berdikit-dikit, terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Sebab itu, kalau anda perasaan, perkataan ‘kilang’ dalam bahasa arab adalah ‘sina’ah’. Kenapa perkataan ‘kilang’ diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab? Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara itu berdikit-dikit, terancang. Macam kilang buat kereta, bukannya kereta itu terus menjadi kereta. Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang. Bahagian pasang tingkap, bahagian pasang wayar, bahagian pasang tayar dan sebagainya. Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses, yang akhirnya di penghujung, menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu. Begitulah maksud yasna’uun. Perbuatan berdikit-dikit, terancang, satu demi satu, hingga mencapai matlamat.

Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun dalam kes menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan? Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu, dari berkenaan pergerakan kita hendak menghampiri zina itu, dan semua itu dilarang. Itulah kaitannya dengan “ Jangan kamu mendekati…”. Perlahan-lahan kita menghampiri zina, dan itu adalah perkara yang dilarang.

Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31. Apakah yang kita perasan? ALLAH telah menyebut lelaki terlebih dahulu sebelum perempuan bukan? Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki terlebih dahulu, barulah kepada perempuan bukan? Apakah maksud yang tersirat di sebalik penyusunan ayat ini?

ALLAH hendak menyatakan secara halus, bahawa lelaki itu lebih lemah dalam berurusan dengan hawa nafsu. Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah, bila digoda dan sebagainya. Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula, kalau kita perasan, ALLAH menyebut: “ Penzina perempuan dan penzina lelaki…” Di situ, kita dapat melihat ALLAH menyebut perempuan terlebih dahulu sebelum lelaki dalam hukuman zina. Kenapa? Sedangkan dalam ayat hukuman kepada pencuri, ALLAH berfirman: “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…” (Al-Maidah: 38) ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan. Kenapa dalam hukuman zina, perempuan di dahulukan?

Mudah sahaja. Hal ini kerana, perempuan biasanya menjadi faktor kepada zina itu sendiri. Kalau dalam hal kecurian, lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan. Nampak? Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.

“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama, bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”
Kamu bagi alasan lain. Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini? Tetapi tak mengapalah. Saya layan. Saya bagi pandangan saya.

Saya bagi soalan. Kita ini dengan Nabi Adam, siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi, pernah hidup dalam syurga, dicipta langsung oleh ALLAH SWT, dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya. Tapi, tahukah kamu apa yang terjadi kepada baginda? Bukankah baginda tertipu oleh syaitan? Bukankah baginda diturunkan ke bumi kerana tertipu denga syaitan?

Jangan ingat, dalam kehidupan kita, hanya ada manusia, tumbuhan, dan haiwan sahaja. Dalam kehidupan kita, ada syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh. Syaitan yang telah berjaya menipu Nabi Adam, syaitan yang telah berjaya menyesatkan jutaan abid. 




Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?

Kalau kita perasan, sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW. Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?

Isteri Rasulullah SAW akan berada di belakang tabir, kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak? Wahai perempuan, anda dengan isteri Rasulullah SAW, siapakah yang lebih tinggi imannya? Wahai lelaki, siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW? Alangkan mereka yang telah dijanjikan syurga ini pun masih lagi bertabir, menjaga pandangan, menjaga pergaulan mereka, bagaimanakah anda?

Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan? Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan. Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan. Maka, cara yang terbaik adalah menutup langsung lubang-lubang itu.
Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini adalah dinamakan Sadduz Zara’i’. Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.

Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan. Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”
Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini. “ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…” Lihat, jejak langkah. Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit, hinggalah akhirnya, kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.

Syaitan tak akan kata kepada kita:
Berzinalah kau dengan dia” Gerenti kita tempelak balik syaitan dengan berkata: “ Gila ke? Zina tu dosa besar!”

Syaitan tidak sebodoh itu. Syaitan adalah makhluk yang berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka. Syaitan adalah makhluk yang pernah berjaya menundukkan jutaan abid. Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam. Masakan dia akan bertindak bodoh untuk memperdayakan kita. Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita. Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran. Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati. Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk. Kemudian dia akan matikan akal. Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala. Akhrinya, dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepada ALLAH. Bukan dalam hal zina sahaja, tetapi dalam semua medan dosa.

Di akhirat nanti, kita akan berkata kepada ALLAH SWT: “ Ya ALLAH, Syaitan inilah yang menyesatkan aku. Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya, tetapi syaitan ini telah menutup akalku, mematikan hatiku. Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”

Masa itu, tahukah anda apa yang syaitan akan katakan kepada kita?
ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.

Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.

Manusia pula, sifatnya lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun. Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri kita daripada hasutan tipu daya syaitan, jika kita sendiri melemahkan diri kita, sengaja berbuat kemungkaran? Bagaimana hendak menjaga keimanan, ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak? Adakah sekarang anda sudah nampak kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan? Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?

Masihkah anda hendak berkata: “ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?
Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda, dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka. Alangkan sahabat Rasulullah SAW, isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga juga berjaga-jaga, bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana lagi anda akan pergi di hari nanti?

“ Ish, susah la…” Alasan anda yang terakhir bukan?

ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini, dengan syruga yang kekal abadi, penuh dengan kenikmatan, malah perkara-perkara yang anda tidak pernah impikan pun ada di dalamnya. Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?

Dan, perhatian kepada mereka yang mencela, mengutuk, memboikot, menghina sesiapa yang telah terjebak dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.

“ Aku dah tegur dia 10 kali, dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”
“ Aku nampak dia pegang tangan dengan makwe dia, aku cela lah. Mana boleh biar orang macam tu senang. Nanti dia terus lagi buat dosa. Nanti dia ingat dia betul”

Ya kah? Begitukah caranya menegur?

Jika benar, maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu. Jika benar, maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik, Abdullah ibn Ubay ibn Salul, maka Rasulullah SAW akan membenarkan. Jika benar, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik, menyekutukan ALLAH, kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.

Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?

Adakah kamu hendak beratnggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya? Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membecin tindakan kamu itu berkata: “ YA ALLAH, aku jauh dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku. Aku benci kepadanya, sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”

Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya: “ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”

Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun? Bagaimanakah kammu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus mendoakan kebaikan walau dibaling batu sehingga terperah darahnya?

Kamu panggil kamu golongan kebenaran? Mengajak kepada kebaikan? Maka kenapa kamu mencela-cela, menghina-hina, memulaukan mereka yang memerlukan lagi teguran kamu, nasihat kamu, bimbingan kamu?

Da’ie jenis apakah kamu?

Menegur ada caranya. Hikmah. Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata. Tetapi hikmah ini kena dengan caranya, ada stepnya, ada gayanya, kena dengan keadaan, sesuai dengann sasaran. Bukan semua manusia boleh ditegur kasar, bukan semua manusia boleh ditegur lembut. Da’ie perlu mempunyai kemahiran menilai.

Jika tidak, apa guna ilmu waqi’? Untuk tahu politik sahaja kah?

Jika tidak, apa guna ta’aruf? Sekadar hendak kenal biar boleh menghukum kah?
Kalaulah Rasulullah SAW berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if, maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini. Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?

“ Dia budak agama, takkan tak faham-faham lagi?”

Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan. Apakah kamu hendak menyatakan Nabi Adam itu tidak faham? Ka’ab bin Malik, sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia. Maka apakah kamu hendak menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?

Tegurlah dengan sebaik-baik teguran. Jangan kerana kamu, manusia jauh daripada rahmat ALLAH. Da’ie tugasnya menyeru. Hakim baru tugasnya menghukum.

Sama-sama kita muhasabah. Muhasabah berkenaan ikhtilat. Dan muhasabah bagaimana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat

wslm..




Thursday, August 16, 2012

Hari yang dinanti2kan~


Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ini 16 Ogos 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433H. Hari yang dinanti-nantikan.. hari apa ye?? Bagi yang memburu malam agung, malam Al-Qadr, malam tadi merupakan malam yang ke 27 yakni calon2 malam Al-Qadr.. Teringat sharing Ust Zaharuddin time program IRIS haritu tentang malam Al-Qadr..

"Semua orang memang akan dapat melalui malam Al-Qadr ni, InsyaAllah semua orang beribadah (Tarawih, baca Quran) time malam ni, malam itu memang tetap akan berlaku... Tapi tak semua orang dapat melihat TANDA2 malam Al-Qadr (ada yang kata pokok bersujud, air membeku etc2..).. Siapa yang berpeluang melihat tanda2 ni?? iaitu orang2 yang amal ibadahnya luar biasa daripada kebiasaannya.. katakanlah sebelum2 ni hanya baca 10 page Al-Quran sehari, tapi pada malam Al-Qadr ni dia habis 10 juzuk Al-Quran sekali maknanya.."

Malam agung!! Lebih baik drpd seribu bulan kottt... T.T

Subhanallah.. memang sangat2 beruntung la orang2 yang dipilih Allah untuk melihat tanda2 lailatul Qadr ni.. Tapi, oleh sebab Allah merahsiakan malam Al-Qadr inilah, kita sepatutnya 10 malam terakhir Ramadhan ni kena constantly melakukan extra ibadah, bukan main spot2 malam Al-Qadr!! hehe.. Patutnya menjadi motivasi untuk terus beribadah sehingga ke penghujungnya.. bukannya pancit sebelum tiba di garisan penamat!! *fuhh*

Sebenarnya, pada tarikh ni jugaklah akan berlaku satu peristiwa penting dalam hidup.. harini result A-level akan keluar.. bagi yang nak ambil slip dekat Intec, mungkin time post ni dipublish, dah dapat pun result tu.. tapi bagi yang cek online, kurang daripada 4 jam lagi nak dapat result.. T.T

seriously nervous!!

Tipu la kalau kata tak berdebar.. dari semalam tak dapat nak pejamkan mata.. asyik terbayang2kan result je.. rasa nak terkeluar jantung! Ni baru result exam dunia, macamanalah result exam besar kat akhirat nanti?? Kat mahsyar nanti lagi berdebar2, nak menangis menyesal pun tak guna dah!!! Kalau dah buat yang terbaik kat dunia, legalah nanti.. tapi kalau rasa kurang amal memang akan jadi orang yang paling rugi la nanti.. *naudzubillahimindzaalik*   ~Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang bergembira di mahsyar nanti, ameen~

Apa2 pun yang Allah nak bagi harini, semoga dapat diterima dengan berlapang dada dan penuh kesyukuran.. u know what?? Harini semua orang tertunggu2 hadiah apa yang Allah nak bagi dekat kita semua.. dan believe me!! He will choose the best present for us.. apa2 yang Allah bagi nanti, Dia tahu itu yang terbaik untuk kita=') Apa2 yang terjadi pun pasti ada hikmah di sebaliknya.. Alhamdulillah, bersyukur sangat dipilih olehNya untuk berada dalam kalangan orang2 yang menerima sentuhan tarbiyah.. bahagianya orang yang ditarbiyah ini, apa2 pun yang berlaku padanya InsyaAllah everything will back to Allah, every single thing will be a direct tarbiyah from Allah..
baca Bismillahirrahmanirrahim dulu sebelum buka:)
Kalau Allah memberi kejayaan, Alhamdulillah..moga2 kejayaan itu mendekatkan lagi diri kita padaNya dan semoga Allah menghindarkan sifat riak, ujub, takbur di atas kejayaan yang diberi.. Kejayaan itu satu nikmat, tapi nikmat juga boleh jadi satu ujian.. Jika Allah mentakdirkan kita untuk belum berjaya lagi, ucapkan Alhamdulillah juga.. kerana Allah tahu kemampuan kita:)

*Boleh jadi Allah tahu yang kita tak mampu nak bawa kos ni dekat universiti nanti, jadi Allah bagi kita kos yang lebih baik supaya kita tak jadi gila study nanti..hehehe.

*Boleh jadi juga Allah tak izinkan kita belajar di oversea sebab Allah tahu maybe kita akan kehilangan orang2 yang disayangi dalam masa kita belajar dekat sana nanti, dan Allah tau kita tak mampu hadapi semua tu nanti..

*Boleh jadi Allah tak beri chance untuk kita belajar di oversea sebab Allah tau kita tak mampu untuk survive hidup dekat sana nanti, mungkin kita belum layak untuk terima tarbiyah yang hebat di sana! *gulp* So, Allah nak suruh persiapkan diri dulu..


*Boleh jadi juga kita ditakdirkan untuk belajar di Malaysia saja sebab Malaysian need us!!! Mungkin kita telah dipilih Allah untuk melajukan tarbiyah di Malaysia ni :') Such a great honour!

*Boleh jadi... boleh jadi.. macam2 boleh jadi kan?? 


Kesimpulannya, apa2 yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. mungkin hikmah2 tu kita akan discover sendiri nanti.. yang penting, kita kena sentiasa bersangka baik pada Allah dan jangan pernah putus harap padaNya..


" ..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."  (2:216)

Ayat femes kan?? tapi bila kita tak dapat apa yang kita nak, ayat yang kita hari2 baca pun boleh terlupa..hee~ Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui *wink2* Apa2 pun, cek balik matlamat hidup kita.. nak pass A-level je ke?? ke lagi BESAU? Best la dengar satu analogi ni semalam drpd sorg adik uia ni pasal matlamat hidup..

 "bayangkan kat depan kita ada satu matlamat yakni MARDHATILLAH.. tapi, untuk sampai ke mardhatillah tu ada banyak halangan2+ kerja2 lain kat depan dia.. study, pekerjaan, hiburan and so on.. kalau kita besarkan salah satu, kita dah tak nampaklah laluan Mardhatillah dekat penghujung tu.." 

Batu tu ibarat A-level.. kalau kita besarkan, kita dah tak nampak dah apa kat depan tu..
sama jugaklah macam exam ni.. kalau kita membesarkan A-level, kita dah tak boleh nak nampak dah Mardhatillah kat hujung sana tuu *sambil tunjuk dengan jari telunjuk*.. hancur result exam, hancurlah hidup kita.. tak guna dah nak hidup.. dah tu je matlamat hidup kita kan? gitu ke?? harap2nya janganlah macamtu.. jalan ini masih panjang n kita taktau dekat mana Allah nak bagi kejayaan tu pada kita:)

Lagipun, kalau Allah tak bagi result yang best untuk A-level ni adakah Allah jahat dengan kita??? Kita dah usaha penat2, Allah bagi result yang mengecewakan :( Tak...Tak.. Tak mungkin!!! kalau kita kata Allah tak adil dengan kita, tanya diri kita balik, apa selama ni Allah tak tolong kita ke?? Dapat masuk Intec n terima biasiswa pun patutnya dah bersyukur tau!! Apa selama ni Allah sentiasa bagi kita berada di atas, result gempak2, best student semua tu tak cukup ke?? Apa selama ni slip result exam tak pernah ada 'B' pun kita boleh kata Allah tak adil ke?? Apa kita rasa kejayaan kita sebelum2 ni adalah atas usaha kita semata2 dan bukanlah atas rahmat Allah?? Allah berhak bagi kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.. Sebelum2 ni, Allah dan banyak tolong kita untuk dapat result yang bagus, tapi bila sekali ni Allah nak uji, kita dah menyalahkan Allah??? macamtu ke?? 


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 
*Berulang-ulang ayat ni dalam surah Ar-Rahman*


"Jika kamu bersyukur akan nikmat yang Aku berikan kepada-Mu, niscaya akan Aku tambah nikmat tersebut kepadamu, namun jika kamu kufur akan nikmat-Ku, ingatlah bahwa azab-Ku sangat pedih." (14:7)


 Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur walau apa pun yang Allah nak bagi ^^

Post kali ni terlebih panjang berjela-jela.. Almaklumlah, dah hampir setahun tak menulis..kuikui. Post ni untuk diri sendiri sebenarnya, so that after dapat result nanti boleh baca ni balik:)

Walaubagaimanapun, sentiasa lah berdoa dan berharap yang terbaik daripada Allah.. target biar tinggi, tapi kalau target tak tercapai, takpela.. mungkin takde rezeki kali ni.. teruskan melangkah yukk!!! 

(Ya Allah! kurniakanlah daku dan sahabat2ku kejayaan dalam A-level.. semoga kejayaan ini mendekatkan kami kepadamu dan melajukan tarbiyah kami serta jauhilah kami daripada sifat riak dan ujub.. Jika Engkau tidak mentakdirkan kejayaan ini buat kami, Kau berilah tempat yang lebih baik untuk kami dan berikanlah kami serta orang2 disekeliling kami kesabaran dan keredhaan atas keputusan ini..Tidak ada yang mustahil bagimu Ya Allah.. dan jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur kepadamu.. ameen =') )

Friday, January 27, 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah S.A.W, "Yang pertama kali dibakar api neraka pada hari kiamat adalah tiga golongan, orang 'alim, mujahid dan dermawan.

Adapun orang 'alim maka Allah datang dan menanyainya: 'apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?' Dia menjawab:'aku menuntut ilmu dijalanMu, lalu aku sebarkan ilmu itu kerana mencari keredhaanMu.' Maka dikatakan kepadanya:' Engkau dusta! sebenarnya engkau mencari ilmu supaya dikatakan sebagai orang 'alim.' Kemudian diperintahkan malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya, maka dilemparkan dia ke dalam neraka.

Kemudian didatangkan seorang dermawan. Maka dia ditanya:' apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?'. Dia menjawab:' aku mencari harta yang halal, kemudian aku infaqkan harta itu dijalanMu.' Maka dikatakan kepadanya:' Engkau dusta! engkau infaqkan hartamu supaya manusia menyebutmu dermawan.' kemudian diperintahkan malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya, maka dilemparkanlah dia ke dalam neraka.

Kemudian yang ketiga, 'apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?' Dia menjawab:  'aku berperang dijalan Allah, sehingga aku mati terbunuh.' Maka dikatakan kepadanya: ' Engkau dusta! engkau berperang supaya dikatakan orang sebagai pemberani.' Maka diperintahkanlah malaikat penjaga neraka menyeretnya, maka dilemparkanlah dia ke dalam neraka."
                                                                                                                                     (riwayat muslim)

Naudzubillahimindzaalik.. minta kita dijauhkan daripada menjadi orang 'alim yang menuntut ilmu hanya untuk digelar 'alim.. mungkin kita kadang2 tak perasan benda ni.. di mulut memang mengatakan 'aku menuntut ilmu ni ikhlas untuk mencari keredhaan Allah'.. tapi sejauh mana hati membuktikan?? oleh sebab itulah kita memang perlu sentiasa membetulkan niat.. lebih2 lagi bila menjadi seorang da'ie yang ingin mengajak manusia ke jalan Allah, benda ini memang sangat2 perlu dititikberatkan!!! sebabnya, kita nak ajak manusia pada Allah, tapi niat kita tu tak settle lagi.. kita ingat kita memang dah betul2 ikhlas tapi.... Sebab tu dalam hadith arba'in, hadith pertama imam nawawi letak hadith niat.. sebab niat tu sangat penting. niat akan membezakan amalan sunat dan wajib, amalan yang harus dengan yang dapat pahala, niat juga menjadi mind set apa outcome yang kita nak dan banyak lagi la..

manusia memang perlu sering diingatkan.. kerana sifat manusia yang sering lupa itu sendiri. so, memang kena banyak2 and selalu koreksi diri juga betulkan niat 'LILLAHI TA'ALA'.. moga2 diakhirat nanti tidaklah menjadi orang yang rugi :'(

Monday, January 9, 2012

Kenapa nak merungut lagi?? Ayuh bekerja..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian (jika ada, InsyaAllah).. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi peluang kepada ana untuk hidup, untuk mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk di bawa ke dunia asal kita, tempat yang kita akan dikembalikan nanti.. bersyukur sangat Allah masih memberi peluang ini untuk merasai nikmatnya berkasih sayang kerana Allah.. Allah bagi peluang untuk recharge and topup kan iman yang kadang2 naik and turun terutamanya setelah mengalami fasa kekeringan sepanjang sebulan bercuti semester..

Alhamdulillah, harini diberi peluang oleh Allah untuk bertemu orang2 hebat yakni sahabat2 seperjuangan di Kolej Mara Banting, KMB. starting from the morning, about 9 a.m from Shah Alam, my circle mates and i went to KLIA mosque, having some sharing session with our murobbiah, sis yana and a few sisters fillah from KMB. (tiba2 mood english..hehe) . lepas tu, kami singgah di KMB untuk menunaikan solat zohor dan selepas solat asar kami membuat sharing session lagi, tapi ni versi agak formal sikit, membincangkan tentang gerakkerja2 dakwah and tarbiyah di INTEC dan KMB.. banyak input2 dan idea2 yang Alhamdulillah sangat2 membantu dan InsyaAllah sangat bermanfaat untuk kami menjalankan 'kerja' ini dengan lebih tersusun.. dan InsyaAllah dalam post kali ni ana nak share la ayat2 and peringatan2 yang membuat ana tersentap seketika dan InsyaAllah selama-lamanya..

Luv them Fillah <3

-apa yang Allah bagi kat kita sekarang ni adalah untuk dakwah.. Allah bagi kita masuk INTEC ni pun adalah untuk dakwah tu sendiri.. takkanlah masa tenaga yang sikit je jika nak dibandingkan ni pun tak boleh nak sumbang dan berkira??  nak study la..apa la.. memang kita di sini untuk study, tapi jangan lupa apa yang lebih penting tu adalah dakwah dan tarbiyah tu sendiri..BUT at the same time, study kena seiring dan jangan abaikan!! we are the khalifah here!! (yang ni tambah2 je).

-Hidup kita ni bukanlah untuk alat sahaja, tapi matlamat tu sebenarnya.. bukan untuk study semata-mata, tapi Abidullah dan Khalifatullah itu sendiri. sentap dengan ayat ni:

Bismillahirrahmanirrahim

" Wahai orang-orang beriman! mengapa apabila dikatakan kepada kamu, Berangkatlah di jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit."

-Jihad tu bermaksud bersungguh-sungguh sampai kita dah tak mampu sangat nak buat lagi.

-Kita akan diuji dengan rasa lemah dan berat tu.. dan ujian2 dalam tarbiyah ni tak lain tak bukan untuk membersihkan kita dan menjadikan kita lebih kuat dan mantop! dan daripada ujian2 inilah Allah nak tapis golongan2 yang betul2 bersedia berjihad di jalan Allah dengan yang tau cakap tapi tak buat.

-Berehatnya kita nanti dekat akhirat, BUKAN dekat dunia ni!!!


"biar penat sekarang, jangan menyesal nanti"

-ada analogi daripada syeikh mustapha mahsyur, tak ingat yang lengkapnya tapi maksudnya lebih kurang macam ni lah.. dalam satu rumah ni berlaku kebakaran, ada orang tidur dalam rumah ni.. dan kita tersedar berlakunya kebakaran ni.. so, apa kita nak buat? mesti nak selamatkan dan nak keluarkan orang yang tidur tu kan.. tapi tak guna kalau kita usaha banyak mana pun nak tarik orang tu keluar tapi dia tak terjaga daripada tidur tu.. mungkin boleh tarik dia, tapi mesti sangat lambat sebab dia tak sedar dan boleh kita pun boleh terbakar sekali waktu tu kan.. rumah tu ibarat dunia, api tu ibarat kemewahan, kecintaan manusia terhadap dunia ni dan orang yang tidur tu adalah manusia2 yang lalai.. apa yang prnting kat sini adalah untuk bawa manusia tu kembali kepada Allah, nak selamatkan dia dari godaan dunia ni, kita perlulah sedarkan dia kenapa perlu buat ni? apa yang dah terjadi kat dunia sekarang ni.. then baru boleh proceed untuk membina dia kepada Allah.. perlunya memberi kesedaran dahulu supaya dia terjaga dan boleh bertindak...

-Ingat, semua yang kita buat ni kerana Allah.. kita merancang, dan Allah jua merancang tapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya.. dan Allah jugalah yang memegang hati2 manusia.. kepada Allah sahajalah kita memohon :D 

Akhir kata, jazakillah khair buat sahabat2 and akak2 yang sudi meluangkan hujung minggu untuk sharing2 dan membantu kami yang masih baru2 ni.. InsyaAllah, semoga kita sama2 saling memperingati antara satu sama lain.. saling topup menopup iman masing2 yang sering turun naik ni.. Semoga Allah sahaja mengganjari kalian!! Luv u all Fillah <3

p/s: selamat berjuang, bittaufiq wannajah buat sahabat2 seperjuangan di INTEC yang akan menduduki A-Level pada esok hari.. InsyaAllah, jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.. Allah akan lihat segala usahamu itu!!!

Friday, January 6, 2012

Siapa nak Redha Allah??

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan orang-orang terdahulu lagi pertama-tama (masuk Islam) diantara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah pun redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah...."

(At-Taubah 9:100)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. bersyukur kepada tuhan sekalian alam, tuhan yang menciptakan, tuhan yang memelihara, tuhan yang memberi, tuhan yang memegang hati2 manusia, membolak-balikkannya, memberi hidayah kepada mereka2 yang beruntung!!! peganglah hidayah yang telah diterima sekuat-kuatnya, semantap-mantapnya agar hidayah yang Allah beri pada orang-orang yang terpilih ni tidak berlalu hilang begitu sahaja... berdoalah dengan penuh pengharapan agar Allah tidak menggantikan kita yang menerima hidayah ini dengan umat/manusia yang lain.. InsyaAllah.

Alhamdulillah, hari ni telah diberi hidayah, ruang dan kesempatan daripada Allah S.W.T untuk duduk2 beriman, berbulatan gembira bersama sahabat2 yang dihantar special dari Allah untuk ana.. tambah istimewanya kami dipertemukan dgn sister yg amat2 dirindui.. dah berapa bulan tak jumpa. Alhamdulillah, best sangat!!!teruja! sister yang dirindui ni telah share satu ayat yg sgt mmberi kesan kpd ana.. iaitu ayat di atas..

kita selalu cakap nak kejar redha Allah.. matlamat utama adalah Redha Allah.. berdoa banyak2 supaya Allah meredhai kita.. tapikan, adakah kita juga memberi redha kita pada Allah?? maksud ana, kita nak redha-Nya, tapi adakah kita sentiasa redha dengan segala apa yang Allah beri pada kita? bila ditimpa ujian dan kesusahan, adakah kita redha dengan ujian yang Allah beri tu? atau kita cepat melatah dan berputus harap pada Allah.. berbalik kepada ana sendiri yang minggu ni dapat exam paper.. markah, emmm.. taktau nak kata mcmana.. tapi ana tau yang ana dah berusaha sebaik mungkin..(InsyaAllah)..cuba sedaya upaya dan berharap sem ni lebih baik daripada yang lepas.. tapi wallahualam la sebab tak dapat full paper lagi.. InsyaAllah apa yang Allah bagi ni terbaik untuk kita.. dengan syarat usaha sebaik mungkin dan sehabis boleh!! Allah tau apa yang kita patut dapat.. maybe kalau Dia tak bagi yang ni, Dia bagi untuk A-Level nnti.. yang penting kena sentiasa bersangka baik pada Allah dan redha dengan ujianNya.. ujian Allah lebih besar dan penting lg daripada ujian kt dunia ni..

"Wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan di redhaiNya"
(Al-Fajr 89: 27-28)


pastu, sister ni share la jgk ayat ni:

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan katakanlah, "bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu..."

(At-Taubah 9:105) 

bestkan? 
Allah suruh kita bekerja dan berusaha..
tapi Allah takde pulak cakap "aku akan melihat hasilnya"..
takdekan? Allah cakap "aku akan lihat pekerjaanmu" yakni usaha kita tu..
means result kita yang teruk dalam exam tu Allah tak lihat pun, tak ukur seseorang manusia tu berdasarkan result exam pun.. tapi Dia tengok manusia yang paling banyak dan rajin berusaha..kan? kalau menurut pandangan manusia, memang kita akan rasa terhina kalau dapat result exam teruk.. tapi pandangan siapa lebih penting?? hmm.. manusia memang tak adil, tapi Allah maha adil. kalau kita usaha betul2..dan Allah rasa kejayaan tu yang terbaik, InsyaAllah Dia bagi.. biarlah tidak mendapat the highest markah, asalkan Allah masih salurkan hati ini dijalanNya.. daripada Allah berikan kejayaan yang menyebabkan kita lebih jauh daripadaNya.. Naudzubillah.. tapi sebagai seorang muslim.. kita mesti aim for the highest, for the best!!! InsyaAllah Allah akan bagi if we deserve it.. believe in Him! He knows the best for us..

conclusionnya, nak redha Allah, jadilah seseorang yang sentiasa meredhai pemberian tuhannya untuknya.

bittaufiq wannajah bagi sahabat2 yang nak exam next week. doakan kami juga:)


Wednesday, January 4, 2012

jangan bertangguh!!..

Bismillahirrahmanirrahim..


Ibn Umar melaporkan, " Rasulullah S.A.W memegang kedua-dua bahu saya dan bersabda, ' Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara.' Ibn Umar berkata 'jika engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu datangnya pagi hari. Jika engkau datang pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang. Gunakanla masa sihatmu sebaik-baiknyasebelum datang masa sakitmu dan gunakanlah masa hidupmu sebelum datang kematianmu." 
                                                                                                                             (Riwayat Bukhari)

Alhamdulillah, rasa beruntung sangat sebab dapat tau pasal hadith ni.. hadith ni merupakan hadith ke-40 dalam Hadith 40 Imam Nawawi.. Alhamdulillah, jazakillah khair pada sahabat ana, Husna Rosleli sebab tergerak hati untuk share pasal hadith ni dalam bulatan gembira td..

Suka sangat bila dpt tau pasal hadith ni.. lebih2 lagi baru bukak sem di INTEC ni.. semester terakhir pulak tu.. Hadith ni first skali Rasulullah nak ingatkan Abdullah Bin Umar (termasuk kita sekali la) bahawa hidup kat dunia ni jadilah orang asing, musafir, pengembara dan yg sewaktu dengannya.. Rasulullah pegang bahu beliau nak menunjukkan baginda ingin menarik perhatian Ibn Umar utk bgtau mesej yang penting ni.. Jangan nak berangan panjang hidup di dunia ni.. bukanlah maksudnya tak perlu berfikir jauh ke hadapan, tapi hidup kat dunia ni hanyalah musafir dan menumpang je.. tak perlu nak fikir banyak2 macam nak hidup selama-lamanya.. ada matlamat dan tujuan yang lebih besar daripada hidup kat dunia ni..

kita hanyalah musafir


mcm yang sahabat ana share td, analoginya mcm kita pergi merantau dan mengembara ke Eropah contohnya, kita berasal dari Malaysia dan memang rindu nak pulang ke Malaysia pun after tu.. tapi bila mengembara ke Eropah tu, apa yg kita dapat? dan mesti kita nak bawa balik something kan.. mcm souvenir ke.. pengalaman ke.. tapi kalau kita balik dari Eropah dengan tangan kosong, tak ke rasa sia2 dan rugi.. bukan senang nak ke sana.. sekali seumur hidup je..pastu balik Malaysia tak dapat apa2.. rugi kan? takde kenangan lansung di Eropah tu.. mcmtu jgk hidup kita.. Malaysia tu ibarat hidup akhirat la, dan Eropah tu ibarat kehidupan dunia sekarang.. souvenir tu macam bekalan hidup kat dunia ni yang kita akan bawa kat akhirat nanti..

kemudian hadith ni disambung lagi dengan pesanan Rasulullah supaya jangan bertangguh.. perkara yang patut dilakukan pada waktu pagi, buat pada waktu tu..jangan tunggu sampai petang.. buat waktu sihat, jangan tunggu sampai jatuh sakit..memang ayat ni sangat berkesan la dengan ana sebab life as a student ni memang kadang2 (banyak kot) bertangguh.. homework la, revision..etc2. hehe..so, utk permulaan sem ni, InsyaAllah ana dapat semangat baru utk tidak bertangguh-tangguh.. InsyaAllah harapnya dapat istiqomah dan dapat diperingatkan selalu oleh sahabat2...

Alhamdulillah, memang harini Allah nak memperingatkan ana utk sentiasa bersedia, tidak bertangguh2 lagi.. memandangkan sem ni adalah sem terakhir di sini.. InsyaAllah jika kejayaan yang terbaik untuk ana, moga2 Allah berikan kejayaan itu:)

Monday, November 28, 2011

Semuanya telah tertulis..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Setiap bencana di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

(Al-Hadid 57: 22-23)

subhanallah.. Allah telah merencanakan segalanya sebelum kita diwujudkan lagi..
can refer to hadith 4..
tapi semua ketentuan itu Allah rahsiakan daripada kita..
untuk apa??
supaya kita tidak terlalu bersedih jika kita tau ketentuan Allah itu tidak seperti yang kita kehendaki..
dan
tidak pula terlalu gembira dan lalai jika kita mendapat apa yang kita nak..
semuanya misteri..
hanya Allah yang maha mengetahui..
Oleh itu, kita perlulah berusaha bersungguh2..
sebab kita tak tahu perjalanan hidup kita ni mcmana..
segala yang kita usahakan kerana Allah diberi pahala..
meskipun hasilnya tak seperti yang diingini..
cumanya jika kita dapat hasilnya, itu adalah bonus..
hanya kepada Allah kita bersyukur:)

'kita merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan'