Friday, August 26, 2011

Baitul Muslim (^_^)v

Assalamualaikum,

tajuk harini bukan main lagi..hehe.
apa baitul muslim tu??
baitul muslim tu dalam bahasa arab..
kalau dalam bahasa melayunya 'bait' maksudnya rumah, 'muslim' pulak orang Islam..
so, baitul muslim ni maksudnya lebih kurang keluarga muslim la..



kenapa harini tiba2 nak ckp pasal baitul muslim ni??
hurmm..
mungkin sebab nak ikut trend..ramai yang suka bab2 baitul muslim ni..
adakah??
sebenarnya just nak share sikit..
haritu time pegi masjid negeri,
ana ada lah berdiskusi sikit dengan 2 orang sahabat ni..
tiba2 ada seorang sahabat ni cakap pasal baitul muslim ni..
bukan apa..
dia just cakap je berdasarkan pemerhatian dia ramai budak2 kolej kami yang semakin ke arah kebaikan..
Alhamdulillah, kolej kami semakin ke arah biah solehah..
bersyukur mendengarnya..
tapi, katanya ada segelintir yang melakukan perubahan positif tersebut kerana ingin mencari pasangan yang soleh dan solehah..
bukankah wanita2 yg baik itu untuk laki2 yang baik? dan laki2 yang baik itu untuk wanita yang baik?
Alhamdulillah, itu memang sangat bagus dan semua orang mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah..
namun, mungkin niat kita di situ perlu diperbetulkan semula..
kita melakukan perubahan semata-mata mengejar cinta Allah, dan bukannya cinta manusia,
kerana sekali manusia yang kita cintai itu berubah, adakah cinta kita pada Allah lagi?

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74).


tapi, ana tak kata tak boleh..
cumanya mungkin kita perlu berpandangan lebih jauh dan bukan hanya sekadar mengejar baitul muslim, atau berada dalam kondisi yang selesa sebagai umat Islam..
jika kita terlalu memfokuskan kepada baitul muslim, bagaimana pula dengan tanggungjawab dakwah kita?
bagaimana juga dengan saudara2 kita di Palestin sana yang sedang berjuang mengejar syahid? adakah kita memikirkannya?
ana tau, fitrah manusia baik lelaki atau perempuan, semuanya ingin menyayangi dan disayangi..
semua mahu pasangan hidup yang terbaik di dunia dan akhirat..
tapi, kurangkanlah alat2 tersebut..tambahkanlah matlamat kita..Mardhatillah!
baitul muslim mungkin cuma salah satu alat dalam dakwah kita, tapi the main focus is the DA'WAH itself!!!
Insyaallah, kalau kita berusaha menjadi yang terbaik, Allah akan tetapkan jodoh yang terbaik juga untuk kita..
jangan sangsi dengan janji Allah kerana sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..

kalau kita tengok balik maratib amal yang ana ada post before this..
step after individu muslim adalah baitul muslim kan?
tapi jangan salah sangka pula di sini..
bukanlah bermaksud fokus utama after membina individu muslim adalah baitul muslim..
boleh saja sambil membina individu muslim, sambil itulah membina baitul muslim dan masyarakat muslim..
bukanlah bermaksud bila semua orang sudah menjadi individu muslim, barulah boleh memikirkan berkenaan baitul muslim.. no..no..no.. itu dah melanggar fitrah manusia pula..

kesimpulannya, apa yang ana nak cakap kat sini adalah..
setiap apa yang kita lakukan, betulkan niat kerana Allah..
yakin dan bersangka baik dengan Allah..
ingat tanggungjawab kita sebagai da'ie ila Allah..
utamakan apa yang lebih utama..
berpandangan jauh..
InsyaAllah. wallahu'alam..

p/s: maaf jika post kali ini agak berbelit2 dan tak sampai maksud.. ana tak reti menulis sangat..masih belajar untuk menyampaikan yang terbaik.. peringatan untuk diri yang menulis ini terutamanya.. moga Allah bimbing..ameen:) 




Thursday, August 25, 2011

Allah bagi berdasarkan usaha kita..





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya (53:39)

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak) (53:40)


Maksudnya: Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna (53:41)

JOM study2!!

RAMADHAN..tiba ke penghujungnya~

Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya.. 
sejauh manakah kita telah bersungguh-sungguh dalam Ramadhan kali ni?
cukupkah segala amalan yang kita telah lakukan di bulan Ramadhan ini?
sudah layakkah kita mendapat sijil "TAQWA" yang Allah janjikan bg mereka yang berpuasa?

Maksudnya: wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa. (2:183)


Allah dah sebut dah, dengan berpuasa, mudah-mudahan kamu bertaqwa..
so, taqwa ni merupakan indicator puasa kita..
sama ada puasa kita kali ni memang sebenar-benar puasa, ataupun sekadar mendapat lapar dan dahaga..



Ibadah solat akan melahirkan khusyuk, zakat membawa kepada keberkatan rezeki, haji pula mabrur hasilnya.. bagaimana pula dengan puasa???
TAQWA lah jawapannya..
apakah yang dimaksudkan dengan TAQWA itu?
dengan bahasa mudahnya, taqwa adalah berhati-hati..
namun, Imam Al-Ghazali mendefinisikan taqwa sebagai 'menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan agama, serta mensucikan hati daripada kejahatan yang belum pernah dilakukan dengan sebab kekuatan azam untuk meninggalkannya'..

oleh itu, mari kita bersama-sama koreksi diri..
masih belum terlambat lagi..
mendapatkan TAQWA tersebut.. 
kerana kita masih lagi di bulan Ramadhan..
dan kita masih ada masa lagi untuk mengejar ibadah pada malam lailatul qadr..
iaitu malam yang mana segala amalan yang kita lakukan bersamaan amalan selama seribu bulan..
Subhanallah..
sungguh sayangnya Allah pada kita umat nabi Muhammad yang jangka hayatnya singkat ini..
untuk beribadah dan mengejar pahala seperti umat-umat yang lain yang hidup mereka sehingga beribu-ribu tahun lamanya..
jadi, marilah kita bersama-sama untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini!!
mungkin juga kita tidak akan bertemu lagi Ramadhan2 yang akan datang.. 
inilah masanya.. setelah kita terlalu banyak melakukan dosa..
sisa-sisa hidup kita yang tidak dihabiskan untuk beribadah kepada Allah..
mari kita topup balik.. dengan ibadah seribu bulan.. 
semoga Allah menerima ibadah kita.. insyaAllah.. ameen:)

jom bermunajat pada Allah setiap pagi !  

Ramadhan Kareem! ALLAHU AKRAM!!!

Wednesday, July 6, 2011

Always Be There~

Assalamualaikum W.B.T

ana nak share lirik lagu Maher Zain pulak kali ni..
suka sangat lagu ni..
liriknya sangat best!!
hayatilah..
He always be there for us~ 


Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard

There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
and HE knows what deep in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn

As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
 Subhanallah praise to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine


So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
 And HE knows what deep in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there

To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
 And he knows what deep in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn

As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

hanya kepadaMu hamba mohon petunjuk..

Saudara-saudara Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum W.B.T

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sungguh aku menyukai dan teringin bertemu dengan saudara-saudaraku.."

Maka berkata para sahabat nabi S.A.W " Bukankah kami saudara tuan?"
Bersabda nabi S.A.W: 

"Kalian adalah sahabat-sahabatku, tetapi saudara-saudaraku adalah mereka yang
beriman kepadaku,sedangkan mereka belum pernah melihatku.."

(HR Ahmad)

P/S: MasyaAllah, kita adalah saudara baginda sekiranya kita beriman dan percaya kepada baginda sepenuh 

hati meskipun tidak pernah bertemu..



mari kita memperbanyakkan selawat keatas baginda Rasulullah S.A.W..

'Allahhumma solli 'ala Muhammad wa'ala aali Muhammad' 

Ya Allah tempatkanlah kami bersama Rasulullah S.A.W, para nabi dan rasul, serta sahabat-sahabat baginda  juga para syuhada' di jannah-Mu kelak..ameen~

Saturday, July 2, 2011

10 Muwassafat Tarbiyah..


Assalamualaikum W.B.T

pernah dengar tak perkataan individu muslim? individu muslim ni adalah the first step dalam maratib amal...

apa benda la pulak maratib amal ni??

bagi sesiapa yang tak tahu apa maratib amal tu..

sila tengok gambar kat atas sekali tu..

kan ada banyak2 tangga kan?

itu adalah tangga-tangga yang perlu kita pijak untuk menjadikan Islam sebagai ustaziyatul alam (UA) a.k.a sebagai world order, rujukan seantero dunia..

kat bawah sekali tu kan Individu Muslim(IM). bukan imam muda..

so, apa kaitannya pulak dengan muwassafat tarbiyah ni??

muwassafat tarbiyah ni adalah ciri2 IM itu sendiri..

ada 10 semuanya.. boleh tengok dkt illustrasi di bawah ni ye!

kiranya muwassafat tarbiyyah ni adalah indicator untuk kita lihat adakah kita ni sudah mencapai tahap IM atau tak.


so, rasa-rasanya lah..

dah cukup ke ciri-ciri ni pada diri kita?? ditujukan pada diri sendiri..

kalau belum, marilah kita sama2 berusaha untuk membentuk diri kita menjadi Individu Muslim..

ana nak share satu ayat yang ada seorang akhawat ni cakap..

"antunna tau tak, Allah tak kan redha kita selagi kita tak capai UA.. maknanya, kalau kita mati sebelum dapat UA tu...sila sambung sendiri!"

huh.. agak sentap di situ!

tapi itu bukanlah bermaksud kita tak akan dapat redha Allah kalau tak sampai UA..

cuma, kita perlu berusaha keras untuk merealisasikan UA itu..

sebab Allah tak pandang result kita, tapi apa usaha yang kita buat untuk mencapai UA tersebut..

contohnya seperti junjungan mulia Rasulullah S.A.W..

baginda tak sempat pun nak merasai UA tersebut..

tapi..

bagindalah tulang belakang disebalik kejayaan empayar Abbasiyah mencapai Ustaziyatul Alam suatu ketika dahulu..

kalau bukan disebabkan baginda sudah mula membentuk individu2 muslim pada zaman baginda, takkan terbentuklah Kerajaan Islam, Negara Islam, Empayar Islam dan seterusnya Ustaziyatul Alam..

so, peranan kita sekarang adalah untuk membentuk diri kita untuk menjadi Individu Muslim sebagai the first step to reach UA..

renung-renungkanlah..

Semoga Allah redha dengan usaha kita..ameen:)




Redha Allah


Assalamualaikum W.b.t.
haritu ana baru sahaja habis baca buku Fanzuru- Hilal Asyraf, lepas tu ana rasa tertarik dengan satu point beliau disitu..



BANYAK AMAL TAK MENJAMIN KITA MASUK SYURGA PON!!

mula-mula tu rasa pelik la jugak.. kenapa banyak mana kita beramal pun belum tentu dapat masuk syurga.. 

baik takyah beramal macamtu..

tapi nak tau tak kenapa? sebab bukan amal tu yang melayakkan kita masuk syurga,

tapi keredhaan dan rahmat Allah yang membuka pintu syurga untuk kita..
bila fikir-fikir balik, oh!betul jugak..
ada orang yang banyak amalannya, tapi tak masuk syurga sebab Allah tak redha dengan dia..
cuba tengok Hadis ni:


Daripada Abi Hurairah, ia berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Amal soleh seseorang antara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga". Mereka(para sahabat) bertanya, "Hai Rasulullah, tidak pula engkau?" Rasulullah menjawab "tidak pula aku kecuali apabila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepadaku."
(Riwayat Muslim)
kan?? nampak dah kan yang bukannya amal semata-mata yang melayakkan kita ke syurga.. mencari rahmat dan redha Allah tu lebih penting!

tapii..

boleh ke dengan duduk goyang kaki tu dapat cari redha Allah?? mana la tau duduk-duduk pun berzikir tau! oh, kalau berzikir tu bagus la.. tapi sure ke boleh dapat redha Allah tu..
 
ana suka untuk quote kan satu lagi ayat yang menarik dalam buku ni..

"sebab aku tak tahu lah aku berusaha"

maksud dia kat sini, sebab kita tak tahu sama ada kita masuk syurga or dapat rahmat Allah tu la kita akan berusaha bersungguh-sungguh.. so, dengan memperbanyakkan amal dan ibadah la caranya untuk mengejar redha Allah.. faham tak agak-agak? mungkin ayat ana ni agak berbelit-belit.. tapi lebih kurang macam tu la maksudnya..
 
kita beramal untuk mendapat redha Allah sebenarnya..

bukan untuk tunjuk-tunjuk..

bukan untuk masuk syurga..

tapi..

untuk mencari kunci nak masuk syurga..

~MARDHATILLAH~
 
oleh itu, mari lah kita bersama-sama berlari memburu Redha Ilahi..


 
sementara masih diberikan peluang keemasan ini..

jangan sia-sia kan hidup kita..

kerana Allah bagi peluang hidup kat dunia ni hanya sekali..

jangan menyesal bila jasad tak bernyawa lagi..

"Ya Allah, Kau redhailah hamba-Mu ini, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, guru-gurunya serta seluruh muslimin dan muslimat.. Amiinn.."