Saturday, July 2, 2011

Redha Allah


Assalamualaikum W.b.t.
haritu ana baru sahaja habis baca buku Fanzuru- Hilal Asyraf, lepas tu ana rasa tertarik dengan satu point beliau disitu..



BANYAK AMAL TAK MENJAMIN KITA MASUK SYURGA PON!!

mula-mula tu rasa pelik la jugak.. kenapa banyak mana kita beramal pun belum tentu dapat masuk syurga.. 

baik takyah beramal macamtu..

tapi nak tau tak kenapa? sebab bukan amal tu yang melayakkan kita masuk syurga,

tapi keredhaan dan rahmat Allah yang membuka pintu syurga untuk kita..
bila fikir-fikir balik, oh!betul jugak..
ada orang yang banyak amalannya, tapi tak masuk syurga sebab Allah tak redha dengan dia..
cuba tengok Hadis ni:


Daripada Abi Hurairah, ia berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Amal soleh seseorang antara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga". Mereka(para sahabat) bertanya, "Hai Rasulullah, tidak pula engkau?" Rasulullah menjawab "tidak pula aku kecuali apabila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepadaku."
(Riwayat Muslim)
kan?? nampak dah kan yang bukannya amal semata-mata yang melayakkan kita ke syurga.. mencari rahmat dan redha Allah tu lebih penting!

tapii..

boleh ke dengan duduk goyang kaki tu dapat cari redha Allah?? mana la tau duduk-duduk pun berzikir tau! oh, kalau berzikir tu bagus la.. tapi sure ke boleh dapat redha Allah tu..
 
ana suka untuk quote kan satu lagi ayat yang menarik dalam buku ni..

"sebab aku tak tahu lah aku berusaha"

maksud dia kat sini, sebab kita tak tahu sama ada kita masuk syurga or dapat rahmat Allah tu la kita akan berusaha bersungguh-sungguh.. so, dengan memperbanyakkan amal dan ibadah la caranya untuk mengejar redha Allah.. faham tak agak-agak? mungkin ayat ana ni agak berbelit-belit.. tapi lebih kurang macam tu la maksudnya..
 
kita beramal untuk mendapat redha Allah sebenarnya..

bukan untuk tunjuk-tunjuk..

bukan untuk masuk syurga..

tapi..

untuk mencari kunci nak masuk syurga..

~MARDHATILLAH~
 
oleh itu, mari lah kita bersama-sama berlari memburu Redha Ilahi..


 
sementara masih diberikan peluang keemasan ini..

jangan sia-sia kan hidup kita..

kerana Allah bagi peluang hidup kat dunia ni hanya sekali..

jangan menyesal bila jasad tak bernyawa lagi..

"Ya Allah, Kau redhailah hamba-Mu ini, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, guru-gurunya serta seluruh muslimin dan muslimat.. Amiinn.."



No comments:

Post a Comment