Wednesday, July 6, 2011

Saudara-saudara Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum W.B.T

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sungguh aku menyukai dan teringin bertemu dengan saudara-saudaraku.."

Maka berkata para sahabat nabi S.A.W " Bukankah kami saudara tuan?"
Bersabda nabi S.A.W: 

"Kalian adalah sahabat-sahabatku, tetapi saudara-saudaraku adalah mereka yang
beriman kepadaku,sedangkan mereka belum pernah melihatku.."

(HR Ahmad)

P/S: MasyaAllah, kita adalah saudara baginda sekiranya kita beriman dan percaya kepada baginda sepenuh 

hati meskipun tidak pernah bertemu..



mari kita memperbanyakkan selawat keatas baginda Rasulullah S.A.W..

'Allahhumma solli 'ala Muhammad wa'ala aali Muhammad' 

Ya Allah tempatkanlah kami bersama Rasulullah S.A.W, para nabi dan rasul, serta sahabat-sahabat baginda  juga para syuhada' di jannah-Mu kelak..ameen~

No comments:

Post a Comment