Friday, August 26, 2011

Baitul Muslim (^_^)v

Assalamualaikum,

tajuk harini bukan main lagi..hehe.
apa baitul muslim tu??
baitul muslim tu dalam bahasa arab..
kalau dalam bahasa melayunya 'bait' maksudnya rumah, 'muslim' pulak orang Islam..
so, baitul muslim ni maksudnya lebih kurang keluarga muslim la..



kenapa harini tiba2 nak ckp pasal baitul muslim ni??
hurmm..
mungkin sebab nak ikut trend..ramai yang suka bab2 baitul muslim ni..
adakah??
sebenarnya just nak share sikit..
haritu time pegi masjid negeri,
ana ada lah berdiskusi sikit dengan 2 orang sahabat ni..
tiba2 ada seorang sahabat ni cakap pasal baitul muslim ni..
bukan apa..
dia just cakap je berdasarkan pemerhatian dia ramai budak2 kolej kami yang semakin ke arah kebaikan..
Alhamdulillah, kolej kami semakin ke arah biah solehah..
bersyukur mendengarnya..
tapi, katanya ada segelintir yang melakukan perubahan positif tersebut kerana ingin mencari pasangan yang soleh dan solehah..
bukankah wanita2 yg baik itu untuk laki2 yang baik? dan laki2 yang baik itu untuk wanita yang baik?
Alhamdulillah, itu memang sangat bagus dan semua orang mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah..
namun, mungkin niat kita di situ perlu diperbetulkan semula..
kita melakukan perubahan semata-mata mengejar cinta Allah, dan bukannya cinta manusia,
kerana sekali manusia yang kita cintai itu berubah, adakah cinta kita pada Allah lagi?

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74).


tapi, ana tak kata tak boleh..
cumanya mungkin kita perlu berpandangan lebih jauh dan bukan hanya sekadar mengejar baitul muslim, atau berada dalam kondisi yang selesa sebagai umat Islam..
jika kita terlalu memfokuskan kepada baitul muslim, bagaimana pula dengan tanggungjawab dakwah kita?
bagaimana juga dengan saudara2 kita di Palestin sana yang sedang berjuang mengejar syahid? adakah kita memikirkannya?
ana tau, fitrah manusia baik lelaki atau perempuan, semuanya ingin menyayangi dan disayangi..
semua mahu pasangan hidup yang terbaik di dunia dan akhirat..
tapi, kurangkanlah alat2 tersebut..tambahkanlah matlamat kita..Mardhatillah!
baitul muslim mungkin cuma salah satu alat dalam dakwah kita, tapi the main focus is the DA'WAH itself!!!
Insyaallah, kalau kita berusaha menjadi yang terbaik, Allah akan tetapkan jodoh yang terbaik juga untuk kita..
jangan sangsi dengan janji Allah kerana sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..

kalau kita tengok balik maratib amal yang ana ada post before this..
step after individu muslim adalah baitul muslim kan?
tapi jangan salah sangka pula di sini..
bukanlah bermaksud fokus utama after membina individu muslim adalah baitul muslim..
boleh saja sambil membina individu muslim, sambil itulah membina baitul muslim dan masyarakat muslim..
bukanlah bermaksud bila semua orang sudah menjadi individu muslim, barulah boleh memikirkan berkenaan baitul muslim.. no..no..no.. itu dah melanggar fitrah manusia pula..

kesimpulannya, apa yang ana nak cakap kat sini adalah..
setiap apa yang kita lakukan, betulkan niat kerana Allah..
yakin dan bersangka baik dengan Allah..
ingat tanggungjawab kita sebagai da'ie ila Allah..
utamakan apa yang lebih utama..
berpandangan jauh..
InsyaAllah. wallahu'alam..

p/s: maaf jika post kali ini agak berbelit2 dan tak sampai maksud.. ana tak reti menulis sangat..masih belajar untuk menyampaikan yang terbaik.. peringatan untuk diri yang menulis ini terutamanya.. moga Allah bimbing..ameen:) 




No comments:

Post a Comment