Saturday, August 27, 2011

Iktikaf di Masjid Putrajaya..

Assalamualaikum,

harini ana just nak share pengalaman beriktikaf di masjid Putrajaya pada salah satu hari di bulan Ramadhan ni..
bukan niat untuk menunjuk-nunjuk atau apa.. sebenarnya nak share satu feeling yang sangat best!!
ana ke masjid tu bersama dengan sahabat2 untuk mengikuti satu program dan terus beriktikaf sekali di sana satu malam..
tak tau apa yang paling bestnya.. tapi time dekat sana rasa sangat2 tenang sekali.. sayu rasanya berada di rumah Allah..
mungkin salah satu faktornya adalah disebabkan masjid tu tersangatlah cantik! subhanallah..

Masjid Putrajaya
rasa mcm berada kt masjid Cordoba! Subhanallah, teringin nak ke sana..

ruang dalam: tingkat 1 (bhgn wanita)
pemandangan tasik di luar
dari sudut lain
before solat tarawih
pagi yang indah:) Alhamdulillah..
view dkt luar
"..Ingatlah! dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."
Dr.Danial Jr.:) didiklah anak2 ke masjid walaupun masih kecil..


tapi, nasib baik ada seorang sister ni cepat2 ingatkan " janganlah disebabkan cantiknya masjid ni, kita lupa pula tujuan asal nak beribadah kat sini." pastu, sister ni share lagi, " tau tak, waktu zaman Rasulullah dulu, kalau ada ukiran2 ayat Al-Quran kat dinding masjid tu tujuannya adalah untuk mengingatkan para sahabat/jemaah masjid melalui ayat2 tersebut.. tapi sekarang ayat tu just menjadi perhiasan kat dinding2 je, tak ramai orang yang nak perhatikan ayat2 tersebut." hmm, betul jugak. secara jujurnya ana pun tak pernah nak terbaca tulisan2 kat dinding masjid.. lagipun, ada sesetengah kaligrafi tu agak sukar dibaca.

 perkara yang ana paling ingat sekali dalam program ni adalah berkenaan dengan MUTABAAH AMAL.
mutabaah amal tu apa ea?
lebih kurang macam ni la..

checklist amalan kita..

tak semestinya macam ni..depends pada individu..

 ada seorang sister ni share pasal mutabaah amal..
dan daripada situlah ana tahu bahawa mutabaah amal ni sangat2 lah penting..
dulu2 tahu je pasal mutabaah amal ni.. tapi tak rasa pun nak buat macam ni..
sekarang Alhamdulillah, lebih jelas kenapa perlu buat mutabaah amal ni..
even tak banyak pun, tapi istiqomahkanlah amal2 yang kita dah listkan..
sebabnya iman manusia ni naik turun,
so, salah satu cara nak didik hati, nak cuba memaintainkan iman adalah dengan istiqomah melakukan mutabaah amal..
mungkin mula2 macam agak memaksa diri, tapi lama2 insyaAllah keikhlasan tu akan timbul, once kita tak buat akan rasa lain macam..
insyaAllah..kita lakukan semua ni untuk mendapat redha Allah kan?
insyaAllah Allah akan pandang usaha kita:)
yang penting kita berusaha! jom sama2..

overallnya, memang sangat bersyukurlah dapat join iktikaf ni.. walaupun at first sangat2 berat hati nak pergi sebab banyak assignment, test, etc.. 
Alhamdulillah, sangat berbaloi! rasa tak nak balik pun ada..
sangat tenang berada di sana bersama sahabat2 sefikrah..
ibrahnya...
lapangkanlah hati2 kita untuk join program yang mendekatkan kita dengan Allah..
Insyaallah, Allah permudahkan dan melapangkan untuk kita..

I DO BELIEVE.. DO YOU BELIEVE?

1 comment:

  1. alhamdulillah qilah!kita yang baca tulisan qilah pun terasa aura hebatnya masjid tu :)

    ReplyDelete