Monday, November 28, 2011

Semuanya telah tertulis..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Setiap bencana di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."

(Al-Hadid 57: 22-23)

subhanallah.. Allah telah merencanakan segalanya sebelum kita diwujudkan lagi..
can refer to hadith 4..
tapi semua ketentuan itu Allah rahsiakan daripada kita..
untuk apa??
supaya kita tidak terlalu bersedih jika kita tau ketentuan Allah itu tidak seperti yang kita kehendaki..
dan
tidak pula terlalu gembira dan lalai jika kita mendapat apa yang kita nak..
semuanya misteri..
hanya Allah yang maha mengetahui..
Oleh itu, kita perlulah berusaha bersungguh2..
sebab kita tak tahu perjalanan hidup kita ni mcmana..
segala yang kita usahakan kerana Allah diberi pahala..
meskipun hasilnya tak seperti yang diingini..
cumanya jika kita dapat hasilnya, itu adalah bonus..
hanya kepada Allah kita bersyukur:)

'kita merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan'


Sunday, November 27, 2011

Aku adalah rohhh~

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan ROH kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dkt atas ni adalah hadith ke4 dalam hadith 40 kumpulan Imam Nawawi..
yang ana nak highlightkan sebenarnya adalah selepas menjadi segumpal darah daripada setitik air mani, kemudian menjadi seketul daging, roh akan ditiupkan dalam jasad manusia..
rasa2 nya kan roh ke jasad kita yang hidup sebenarnya???
means.. aqilah ni roh ke jasadnya yg nama aqilah??
ana selalu terfikir pasal ni..hurmm...
ana pernah dengar someone ckp tp terlupa plk sape..huhu.
yang kita ni sebenarnya roh..
yang Allah tumpangkan dalam jasad manusia kt bumi ni..
untuk mencari bekalan..
buat tiket masuk syurga kt akhirat nanti (47:15)..
tp..
kalau kita ter'stuck' dgn nikmat dan keseronokan dunia ni..
cinta pada dunia telah melekat pada hati kita..
naudzubillahimindzalikk..
neraka telah Allah sediakan buat mereka yang lalai dengan kehidupan dunia..
dunia bukanlah segala-galanya..
kerana..
ada kehidupan yg lebih best dan lama lagi daripada dunia ni..
Allah jdkan dunia untuk kita berlumba2
mengejar MARDHATILLAH..
mcm exam jgk..
kalau kita study last minute..
rasa mcm tak sempat je nak habis baca semua, tu belum lagi buat soalan past years..
exam esoknya.. tak tau kita jawab apa.. hentam sajalah labu..
lepastu, bila dapat result baru nak insaf, baru rasa menyesal tak study awal2..
before exam bukan main enjoy..
shopping sana sini.. movie marathon.. korea..etc2.. stay up smpai pagi..
mcm tak tau je exam dah dekat..
bila mlm before exam barulah tercungap-cungap habiskan silibus..
at the end, jawab tak seberapa pun.. markah pun tak seberapa..

tak larat dah nak study..
...

mcm tu la jgk hidup sebagai manusia..
nak dapat redha Allah kena tahu matlamat hidup..
Allah jadikan kita buat apa?? takkan just nak main2?...

"dan tidaklah kami bermain-main menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya"
(Ad-Dukhan44:38)

so, Allah pun dah bagitau kt kita apa tujuan Allah ciptakan kita..
semuanya dah tertulis dalam surat2 cinta Allah..

"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
(Az-Dzariyaat 51:56)


"...Aku hendak menjadikan khalifah di bumi..."
(Al-Baqarah 2:30)

Allah telah ciptakan kita bukan saja2.. tp untuk kita beribadah hanya kpd Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ni..
kalau kita tgk smbungan ayat 2:30 ni.. malaikat tanya dkt Allah kenapa cipta makhluk yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ni..
Allah jwb "Aku tahu apa yang tidak engkau ketahui"..


Subhanallah.. betapa sayangnya Allah pada manusia

Allah telah memuliakan dan mengangkat darjat manusia untuk menjadi khalifah di bumiNya..
bukan malaikat2, bukan gunung2, bukan planet2..
tetapi kita..
MANUSIA!!


apa lagi??

dah banyak nikmat yang Allah bagi..
takkan kita hanya nak duduk goyang kaki, tgk movie??
hanya menunggu ajal dtg menjemput??
mari bergerak menjadi hambaNya..
dan khalifah di bumiNya:)
kita sama2 jom!!
doakan istiqomah..

~wallahu'alam~



p/s: "wahai jiwa2 yang tenang! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai.."

Thursday, November 24, 2011

MLM~ perniagaan yang menguntungkan!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya sudah lama sangat tidak menulis dalam blog ni..
semenjak-dua menjak ni banyak perkara yang berlaku..
teringin sangat nak share..
tapi InsyaAllah, ana share sikit2 dulu..satu persatu..
kekangan masa menyebabkan ana berfikir dua tiga kali nak mengupdate blog ni..
Alhamdulillah, dengan kesempatan yang sikit dan terbatas ni dapat jugak diluangkan untuk share something best!

kalau melihat kepada tajuk di atas, agak2nya apa lah yang hendak ana share kan melalui MLM ni..
mungkin nak promote bisnes MLM??
tau ke apa MLM ni? dlm bahasa Inggerisnya MLM adalah 'MULTI LEVEL MARKETING'..
seperti contoh MLM yang femes dekat Malaysia ni spt produk Zhulian or Skor A yang mana mrk2yg join MLM ni just cari orang2 bawah utk jual produk ni dan selepas tu income mereka akan sentiasa masuk walaupun  duduk dkt rumah saje..
best tak? best kan.. cara yang mudah dan senang untuk jadi kaya dan dapat duit banyak dalam masa yang singkat..huhu.



tapi, ana nak share somethhing yang lebih besar dan lebih menguntungkan daripada MLM.. 
sebabnya perniagaan ni bukan saja menguntungkan di dunia, tapi juga di akhirat lebih2 lagi..
let's look on As-Saff, verses 10-12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apakah kamu suka Aku tunjukkan kepada kamu suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab dari pedih? "


"Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu. Itulah yang lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui."


"Nescaya, Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya berbagai-bagai sungai, dan menempatkan kamu di kediaman-kediaman yang selesa di dalam syurga-syurga ‘Adni. Itulah keuntungan yang amat besar."


(As-Saff, 61:10-12)

suka sangat ayat ni!! sungguh bermotivasi.. Allah offer 1 perniagaan kat kita yang mana kita memang takkan rugi di dunia lebih2 lagi diakhirat..
perniagaan ni just need kita untuk beriman kepada Allah dan Rasul dan berjihad dgn harta dan jiwa je..
memang! ana tau bukan mudah untuk beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah dan Rasul..
cakap mcm senang je dia ni..
memang bukan senanglah.. sebab itu ganjaran dia pun hebat!!siapa taknak masuk syurga? yang didalam Al-Quran diberitahu bahawa terdapat sungai2 yg mengalir dibawahnya, ada sungai susu, madu, arak.. serta singgahsana yang indah2..kita tinggal selama-lamanya di dalam nya.. taknak ke??? subhanallah..

mmg itu cita2 terbesar setiap orang yang beriman..
jadi, mujahadah perlu kuat kerana syurga itu indah dan manis..

ana tengok mereka2 yg join MLM ni sangat semangat mencari org2 bawahan..
almaklumlah.. duit masuk bila dapat cari orang.. sampai ada yg terpaksa menipu kwn sendiri..huhu.
nikmat dan kesenangan dunia memang best.. siapa taknak duit beribu2 kan..

tapi, alangkah bestnye kalau mereka2 ini faham Islam dengan kefahaman yg sebenar..
mesti ramai shbt2 seperti Mus'ab bin Umair, Abdullah Ummi Makhtum, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muadz Bin Jabbal dapat dilahirkan..
 dan mempunyai semangat yang berkobar2 utk menyebarkan Islam ke pelusuk dunia..







InsyaAllah.. mohon pada Allah moga2 Allah membukakan pintu2 hati para pemuda dan pemudi Islam serta  memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada kita semua.. ameenn.

p/s: pesanan utk ana sendiri supaya jgn cpt futur dan terus berjuang!!!!